CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Daisypath Friendship tickers

Saturday, December 31, 2011

10 Perkara Dibenci Wanita



Kebanyakan lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Bertudung



1.  Fazura

2. Tiz Zaqyah

3. Fouziah Gous

4. Erra Fazira

5. Neelofa

6. Nora Danish

7. Lisa Surihani

8. Maya Karin

9. Fasha Sandha

10. Dato’ Siti Nurhaliza

Kisah Bagaimana Seorang Gadis Diajak Buat Seks


Komik nih dilukis mengenai si gadis yang menyukai seorang lelaki kelasnya.. Suatu hari, si laki ini berjumpa dan berkata die suka si gadis tersebut…. maka sejak itulah dari hari ke hari mereka semakin intim.. dan lelaki tersebut telah mengambil kesempatan ke atas dirinya.. check it out~

p/s: Elakkan Seks sebelum anda menyesal.. :)

Friday, December 30, 2011

10 perkara kalau lelaki cakap..


Kan sering kita dengar, ada perkataan yg kalau perempuan cakp,so mesti ada makna tersembunyikan? so, ini antara 10perkara yg kalau lelaki cakap dan makna tersiratnya… heeee….
1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek
Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.
2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.
Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.
3.Kalau lelaki kata: kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.
Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.
4.Kalau lelaki kata: eh….u call ekk?sori.ttdo td.
Maknanya: ye,memang kami tdo pon.
5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni…nanti i free i call u, kay?
Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.
6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene lawa.
7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.
Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.
8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la…ada hal..
Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.
9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni…mcm tu..bla…bla. ..bla..
Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel ble mrajok.kihkihkih
10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?
Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi pnye.nk jage standard la kate kan.

P/s : punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea..peace yaww 

Tuesday, December 27, 2011

Iklan mintak penampo #@%#%

MB's FISHES

ikan2 nie sentiase lapoo so sambil tgok blh lah tlg bg dye mkn sekali yep :D
cara nk bg makan : klik jek seberape byk yg boleh kat ikan2 tu tawulah dye berebot nnt.

one more!! anda juge boleh melatih ikan ini yek! carenye senang je, halekan ank panah slow2 kemane yg anda suke tp dlm akuarium nie shj yek!! ha anda akan lihat hasilnye. selamat mencube!!! wee ;D



...................................thank you sbb sudi jengok..................................